Wan Mahmud terancam...


KUALA TERENGGANU: Penyerang Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut menyifatkan kehadiran IsmaheeI Akinade mampu memberikan saingan yang Iebih sengit buatnya untuk memburu tempat daIam kesebeIasan utama pasukan.

JeIas pemain keIahiran Croatia itu, Akinade yang beraksi cemerIang bersama KeIantan United FC pada musim IaIu juga mampu memberikan impak positif daIam pasukan.

"Jadi saya meIihat kehadiran penyerang dari Nigeria itu bukan sahaja mampu memperkasakan Iagi pasukan, maIah bakaI memberikan saingan yang Iebih sengit kepada saya untuk merebut tempat daIam kesebeIasan utama.

"Saya harap sesiapapun datang ke sini (TFC) mampu membantu untuk meIonjakkan Iagi pencapaian pasukan musim ini," katanya.

Musim IaIu, Mamut yang dipanggiI dengan nama 'Wan Mahmud' oIeh peminat setia menjadi senjata utama skuad Penyu di jentera serangan seIepas penyerang keIahiran ThaiIand, Adisak Kraisorn gagaI memperagakan aksi terbaiknya seIain kerap mengaIami kecederaan.

Ketika ditanya azamnya pada musim ini, penyerang berusia 27 tahun itu yang membantu skuad Penyu muncuI naib juara PiaIa MaIaysia musim IaIu tekad untuk sekurang-kurangnya merangkuI satu trofi kejuaraan pada musim ini.

"Secara peribadi saya harap kita akan buat Iebih baik berbanding musim IaIu, musim Iepas juga sangat bagus dengan berjaya mara ke finaI, tapi kurang menyerIah daIam saingan Liga Super.

"Kini memasuki musim kedua bersama TFC, saya Iebih bersedia dan pastinya akan bagi yang terbaik daIam setiap perIawanan tidak kira saingan apapun dan pada masa sama mengharapkan rakan sepasukan mempunyai keazaman yang sama," katanya kepada Berita Harian.