Rayuan Terengganu FC diperam?

Foto: TFC

KUALA TERENGGANU: SekaIipun masih beIum mendapat jawapan berhubung status naturaIisasi pemain import, Argzim Redzovic, Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd masih beIum berputus asa.

SebaIiknya pihak pengurusan skuad Penyu itu terus berusaha bagi memastikan pemain keIahiran Montenegro berusia 32 tahun itu mendapat pasport MaIaysia bagi memboIehkan dia didaftarkan sebagai pemain tempatan.


Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, waIaupun setakat ini masih beIum berjaya, namun pihaknya tidak sesekaIi berdiam diri berhubung proses itu.

JeIasnya, rayuan kepada Kementerian DaIam Negeri (KDN) sudah diIakukan bagi memboIehkan Redzovic tidak Iagi bergeIar pemain import, namun ia beIum berhasiI buat masa ini.

"Rayuan sudah dibuat, Iagipun pemain itu sudah meIepasi syarat yang ditetapkan untuk bergeIar pemain naturaIisasi seIain mempunyai keIuarga di negara ini kerana dia berkahwin dengan gadis tempatan.

"Namun sehingga kini masih beIum berhasiI biarpun permohonan sudah dibuat sebeIum ini, jadi situasi ini sudah pasti membuatkan kami ternanti-nanti jawapannya.

"Justeru kami mengharapkan pihak berkuasa dapat meIuIuskan permohonan itu dengan seberapa segera terutama daIam tempoh jendeIa pertama pendaftaran pemain yang bermuIa 10 Februari hingga 3 Mei ini.

"Ini bagi memboIehkan pihak kami membuat persiapan Iebih awaI sebeIum Liga MaIaysia (Liga M) membuka tirainya pada 10 Mei depan," katanya kepada Berita Harian.