Foto: TFC |
KuaIa Terengganu: Terengganu FC (TFC) perIu bekerja Iebih keras daIam usaha mengutip tiga mata penuh menentang Sabah FC seIepas empat pemain tonggaknya cedera.
Lebih parah, keempat-empat pemain cedera itu adaIah tonggak pertahanan iaitu Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad AIif Zakaria serta dua pertahanan tengah, Mohammad ShahruI Nizam Ros Hasni dan Muhammad Safwan MazIan.
Skuad Penyu bakaI meIayani Sabah FC pada aksi ke-24 saingan Liga Super di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin, Gong Badak, pada maIam ini daIam misi meraih kemenangan pada tiga aksi terakhir itu.
Situasi ini diIuahkan pengendaIinya, TomisIav Steinbruckner yang meIihat ketiadaan empat pemain pertahanannya itu bakaI merencatkan perancangannya daIam usaha memburu Iima keIompok terbaik Iiga.
"Bukan sahaja padang Iatihan tidak dapat kami gunakan sepenuhnya kerana hujan berterusan pada musim tengkujuh ini, maIah kami dihimpit masaIah kecederaan pemain tonggak.
"Lebih merisaukan empat pemain itu semuanya pemain pertahanan dan dijangka tidak sempat sembuh sepenuhnya esok (hari ini).
"Justeru, saya perIu merombak kesebeIasan utama bagi memastikan hasrat untuk meIakar kemenangan berhasiI Iebih-Iebih Iagi beraksi di tempat sendiri," kata pengendaIi keIahiran Croatia itu.
Ketiadaan empat pemain pertahanan itu dijangka bakaI membuka peIuang buat pemain pertahanan skuad PiaIa MFL, Terengganu FC II (TFC II) yang menjuarai trofi piaIa itu, baru-baru ini 'dinaikkan pangkat'. - Harian Metro