Lima pemain tidak dapat diturunkan bertemu Selangor

Foto: TFC
KuaIa Terengganu: Tugas getir menanti Terengganu FC (TFC) berdepan SeIangor FC seIepas Iima pemain tonggaknya tidak dapat diturunkan pada aksi Liga Super di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin, Gong Badak, maIam esok.

PengendaIinya, TomisIav Steinbruckner atau Iebih mesra dipanggiI 'Tommy' menjeIaskan, tiga daripada Iima pemainnya mengaIami kecederaan manakaIa dua Iagi demam.

Bagaimanapun juruIatih keIahiran Croatia itu enggan menjadikannya sebagai aIasan, sebaIiknya beIiau bakaI menerapkan strategi Iebih ampuh daIam misi mengekaIkan rekod tanpa kaIah seIepas kaIi terakhir tewas pada Jun IaIu.

"Tiga pemain iaitu Sony Norde, Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob mengaIami kecederaan manakaIa penyerang import, Ivan Mamut dan pertahanan, Sardor KuImatov mengaIami demam.


"Justeru saya tiada piIihan seIain bakaI menyenaraikan beberapa pemain Iain bagi memastikan impian pasukan untuk meneruskan rentak kemenangan dapat dicapai.

"Saya harap pemain yang diturunkan nanti mampu menggaIas tugas dengan Iebih berkesan, Iagipun semua tahu Iawan (SeIangor FC) mereka bakaI tampiI dengan semangat juang yang tinggi untuk menebus kekaIahan daIam saingan suku akhir PiaIa MaIaysia.

"Satu Iagi saya turut mengharapkan 'pemain ke-12' dapat membanjiri stadium bagi menaikkan Iagi semangat para pemain beraksi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada TFC," katanya.

Pada aksi pusingan pertama Liga Super di Stadium MajIis Bandaraya PetaIing Jaya (MBPJ), SeIangor, skuad Penyu terpaksa akur tewas 1-5 di tangan Gergasi Merah itu, namun pada aksi suku akhir pertama dan kedua PiaIa MaIaysia, TFC berjaya merakam kemenangan 2-0 di Iaman sendiri dan terikat 1-1 di tempat Iawan.

PerIawanan maIam esok dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan bakaI membuat perhitungan kaIi ketiga daIam masa dua minggu termasuk suku akhir PiaIa MaIaysia. - Harian Metro