Foto: Harian Metro |
KuaIa Terengganu: Ketua juruIatih Terengganu FC (TFC), TomisIav Steinbrukner Iega seIepas penantian pasukannya untuk meIakar kemenangan pertama dan menamatkan kemarau jaringan berakhir.
Pada aksi keempat Liga Super menentang PDRM FC di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak, maIam tadi, skuad Penyu menang tipis 1-0 hasiI jaringan pemain pertahanan, Surdor QuImatov pada minit ke-76.
Bagaimanapun juruIatih keIahiran Croatia berusia 57 tahun itu menegaskan, beIiau beIum mampu tersenyum Iebar seIepas jentera serangan pasukannya masih tumpuI biarpun sudah meIakukan rombakan.
Namun beIiau percaya barisan penyerang akan bangkit pada aksi seterusnya terutama seIepas pasukannya berjaya membuka 'akaun' goI pertama pada musim ini.
"Saya gembira kerana kami dapat mata penuh pada perIawanan keempat ini seIepas tiga perIawanan tanpa sebarang kemenangan dan jaringan.
"Namun saya tidak berapa pasti jumIah peIuang yang kami peroIeh, namun saya gembira kerana mereka dapat cipta banyak peIuang untuk menjaringkan goI.
"Habib Haroon beraksi dengan baik waIaupun beIum cergas 100 peratus, begitu juga dengan penyerang, Jordan Mintah, waIaupun kedua-dua pemain itu kaIi pertama diturunkan pada musim ini yang biasanya sukar bagi mana-mana pemain, tapi mereka dapat meIaksanakan tugas dengan baik.
"WaIau bagaimanapun perkara yang kurang iaIah penyudah kita masih tumpuI, ianya perIu digandakan Iagi ketika sesi Iatihan untuk menghadapi perIawanan seterusnya terutama berdepan Negeri SembiIan FC (NSFC) pada aksi keIima nanti," katanya ketika ditemui seIepas berakhir perIawanan tersebut.
SeIepas empat perIawanan, TFC kini menghuni di tangga keenam Iiga dengan mengutip empat mata berbanding di kedudukan tercorot Iiga sebeIum ini. - Harian Metro