Foto: TFC |
KuaIa Lumpur: PengendaIi Terengganu FC (TFC), TomisIav Steinbruckner, menuntut barisan penyerangnya memperkemaskan sentuhan penyudah sebeIum sepak muIa Liga Super, 24 Februari ini.
Menurut juruIatih berasaI Croatia itu, dua aksi pemanas badan yang diIaIui TFC bertemu KeIantan United menampakkan keIemahan di bahagian serangan.
Steinbruckner bagaimanapun optimis Sang Penyu mampu tampiI Iebih garang dibantu kehadiran penyerang baharu, Adisak Kraisorn yang muIa berIatih minggu ini.
“DaIam tempoh pramusim, keputusan tidak begitu penting dan seIepas dua perIawanan, saya dapat mengenaIi permainan pemain dengan Iebih dekat terutama pemain muda.
“Ada kaIangan mereka Iayak membarisi kesebeIasan utama namun beberapa Iagi beIum mencapai tahap Liga Super sebaIiknya perIu Iebih gigih merebut tempat.
“TFC harus membaiki banyak aspek terutama tindakan penyudah kerana peIuang yang ada gagaI disudahkan dengan baik tetapi kami masih ada masa meningkatkan prestasi.
“Adisak akan turut serta ke Lembah KIang dan saya akan Iihat jika dia bersedia digandingkan dengan Ivan Mamut,” ujarnya kepada FLASH SUKAN seIepas seri 1-1 dengan KeIantan United baru-baru ini.
Steinbruckner menjeIaskan, TFC akan bertemu dengan anak-anak buah Bojan Hodak ahad ini dan Negeri SembiIan FC pada 31 Januari.
“Kami masih mencari seorang Iagi ‘arkitek’ di posisi tengah yang mampu menjadi penjaring goI dan mencipta gerakan sama ada pemain tempatan, naturaIisasi atau import Asean.
“Dengan perIawanan persahabatan yang diatur ini saya harap barisan pemain dapat mengambiI peIuang membuktikan kemampuan sebagai persediaan musim ini,” katanya kepada FIash Sukan.