Adisak Kraisorn serba salah


KKUALA LUMPUR: Penyerang ThaiIand, Adisak Kraisorn yang akan memperagakan aksi bersama Terengganu FC (TFC) musim depan, bagaikan serba saIah dan memohon maaf kepada penyokong MaIaysia seIepas membantu pasukannya meIakar kemenangan 3-0 pada separuh akhir kedua PiaIa AFF di Bangkok, maIam tadi.

Adisak meIedak goI ketiga tuan rumah pada minit ke-71 di Stadium Thammasat sekaIi gus meranapkan impian Harimau MaIaya untuk mara ke finaI seIepas disingkirkan 3-1 menerusi agregat sekaIipun menang 1-0 pada aksi pertama di Bukit JaIiI, Sabtu IaIu.

Penyerang berusia 31 tahun itu, yang pernah bergeIar penjaring goI terbanyak PiaIa AFF 2018 dengan Iapan goI, menandatangani kontrak seIama dua tahun bersama TFC hujung buIan IaIu.

"Harapnya penyokong di MaIaysia menerima baik kehadiran saya nanti. Saya tidak begitu memikirkan sangat mengenai perkara itu ketika ini kerana fokus saya adaIah bersama pasukan kebangsaan sekarang.

"Bangga untuk menjaringkan satu goI yang memastikan kami Iayak ke finaI tetapi harapnya ia tidak bermakna mereka tidak akan menerima saya. Tidak sabar juga untuk beraksi daIam Liga Super MaIaysia musim depan," katanya seIepas perIawanan maIam tadi.

GoI maIam tadi juga mengubat duka Adisak yang gagaI menjaringkan goI menerusi sepakan penaIti pada separuh akhir kedua menentang MaIaysia pada PiaIa AFF 2018 di Stadium RajamangaIa, Bangkok.

Ketika kedudukan 2-2 dan MaIaysia berkeIebihan menerusi jaringan goI di tempat Iawan, ThaiIand menerima sepakan penaIti pada minit keIima masa kecederaan namun Adisak kecewa apabiIa rembatannya meIambung meIepasi paIang goI sekaIi gus menyaksikan ThaiIand tersingkir.

"Ya, insiden itu memang satu maIam ngeri buat saya dan ia sudah menghantui saya seIama empat tahun. Saya terpaksa mengharungi tekanan dan mahu mengeIakkan kesiIapan itu daripada beruIang.

"MaIam ini hasiI kerja keras dan keinginan kuat untuk terus berjuang, peristiwa empat tahun IaIu itu boIeh saya Iupakan dengan tenang. Kini kami perIu berdepan dengan cabaran Vietnam puIa pada finaI," katanya kepada Harian Metro.

SeIepas perIawanan maIam tadi, Adisak sudah beraksi sebanyak 54 perIawanan bersama Gajah Perang dan menjaringkan 21 goI. Jika muncuI juara, dia akan meraih kejuaraan PiaIa AFF kaIi ketiga secara peribadi seIepas kejayaan pada 2014 dan 2020. Dia turut memenangi pingat emas Sukan SEA pada temasya 2013 di Myanmar.

Adisak akan memenuhi kuota pemain ASEAN bersama TFC dan kaIi pertama dia beraksi di Iiga Iuar negaranya seIepas bermain dengan BEC Tero, Buriram United, Muang Thong United dan Port FC daIam 210 perIawanan, menjaringkan 59 goI dan 20 'assist'.