Foto: Istimewa |
Kuala Terengganu: Sejak kebelakangan ini tercetus khabar angin mengatakan pemain berasal dari Papua, yang mewakili kelab Persib dan juga pemain Timnas Indonesia bakal menjadi pemain import baharu (slot Asean) Terengganu bagi musim 2023.
Kami di pihak Terengganu 11 yang kesemuanya admin-admin yang hensem belaka terpaksa menjelaskan perkara ini melalui sumber yang boleh dipercayai.
Ini kerana terlalu banyak mesej dan komen-komen menanyakan tentang perkara ini.
Kami hanyalah insan yang hensem sama juga seperti penyokong lain, tak lebih dari itu.
Bagi merungkai persoalan ini, perkhabaran ini tercetus dengan mengatakan pihak pengurusan Terengganu ke Indonesia bagi urusan memikat pemain yang dimaksudkan ini, tetapi melalui sumber yang kami perolehi, pihak pengurusan ke sana adalah atas urusan lain yang tidak dapat kami maklumkan kerana dalam proses, apa yang boleh dikatakan anda hanya perlu menunggu pengumuman rasmi sendiri daripada pihak pengurusan Terengganu, isu Ricky Kambuaya ini hanyalah sekadar orang Tranung kata "Tanya harga saje, alang-alang ada sana doh", kata sumber berikut.
Ricky Kambuaya sebenarnya mempunyai kontrak yang panjang (sehingga 2024) bersama Persib, memetik laporan detik.com "Nggak bener itu hoax. (Pembicaraan sama manajemen) juga nggak ada," kata Teddy saat dikonfirmasi, Rabu (9/11/2022).
Teddy menegaskan, Kambuaya masih akan bersama Persib hingga kontraknya habis. Seperti diketahui, Kambuaya yang didatangkan pada awal musim ini disodori kontrak berdurasi dua tahun hingga 2024 mendatang. "Masih sesuai kontrak hingga musim depan (2024). Nggak ada komunikasi (hengkang)," singkat Teddy. "
Diharap penjelasan dari kami admin-admin hensem dan berita web Indonesia membolehkan anda tidur malam ini.