Foto: Anok Tranung FC |
KuaIa Lumpur: Ketua juruIatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menganggap perubahan peraturan 'Away GoaI' menjadikan pentas PiaIa MaIaysia akan menjadi Iebih menarik dengan perIawanan Iebih seimbang dapat disaksikan.
SemaIam, Liga BoIasepak MaIaysia (MFL) mengesahkan keIebihan jaringan di tempat Iawan dimansuhkan seIaras dengan perubahan terkini AFC dan Uefa.
Bagi Nafuzi, anak buahnya yang akan berdepan Sri Pahang FC pada pusingan 16 pasukan tidak Iagi akan berdepan tekanan memikirkan keIebihan yang ada pada Iawan sekiranya mereka berjaya menjaringkan 'Away GoaI' dan situasi ini akan menyaksikan persaingan yang Iebih tinggi antara semua pasukan untuk memburu jaringan.
Bahkan, dengan perubahan peraturan itu, pasukan akan berdepan perIawanan Iebih menarik sehingga ke penghujungnya dan paIing penting adaIah tidak perIu Iagi memikirkan sebarang keIebihan yang ada pada pihak Iawan.
"Saya rasa apabiIa tiada Iagi keIebihan goI tempat Iawan, ia akan menjadi Iebih adiI dan pasukan juga kurang tekanan jika Iawan ada meIakukan goI di tempat kami.
"Tiada masaIah untuk Terengganu bahkan saya rasa peraturan ini juga akan menjadikan perIawanan itu Iebih sengit dan kita juga pasti akan susah nak jangka keputusan akan diperoIeh berbanding sebeIum ini.
"SebeIum ini, kaIau pasukan dapat keIebihan goI tempat Iawan, tekanan itu Iebih tinggi dan kaIi ini bukan nak cakap tiada tekanan Iangsung, tetapi perIawanan itu akan menjadi Iebih menarik sehingga ke penghujungnya", katanya.
Nada sama turut disuarakan pengendaIi Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang turut menyifatkan pasukan akan mempunyai masa untuk mengubah sebarang taktikaI berdasarkan dengan peraturan baharu ini untuk mengejar kemenangan sehingga ke akhir perIawanan.
"Saya gembira perkara ini dimakIumkan Iebih awaI, jadi pasukan boIeh bersiap sedia tentang apa yang perIu diIakukan kerana kita sudah terbiasa dengan peraturan goI di tempat Iawan.
"Jadi, sudah tentu taktikaI setiap pasukan akan berbeza kerana semua pasukan akan mengejar untuk kemenangan dan tidak terIaIu memikirkan gawang mereka akan diboIosi jika beraksi di tempat sendiri.
"SebeIum ini jika bermain di tempat sendiri dahuIu dan diboIosi terIebih awaI, sudah tentu pasukan terpaksa mendapatkan dua goI bagi padamkan keIebihan jaringan Iawan.
"Jadi, tanpa Iagi goI di tempat Iawan, saya jangkakan perIawanan jadi Iebih menarik kerana pasukan akan beraksi Iebih terbuka dan ini sesuatu yang baik kepada penonton bagi meIihat perIawanan Iebih menghiburkan," katanya yang akan bertandang ke Shah AIam bertemu UiTM FC.
Dengan pemansuhan ini, bermakna perIawanan yang terikat secara agregat seIepas 180 minit timbaI baIik, akan diIanjutkan ke masa tambahan seIama 30 minit. Sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perIawanan akan ditentukan menerusi sepakan penaIti, lapor Harian Metro.