Tahniah Terengganu FC - Thierry Chanta Bin


Bali: Berakhir aksi persahabatan antarabangsa antara Terengganu dan Phnom Penh Crown baru-baru ini, bekas pemain import Terengganu FC, Thierry Chanta Bin (@TCBIN93) mengucapkan tahniah kepada kedua-kedua pasukan.

Beliau yang hanya sempat menyaksikan perlawanan pertama yang berkesudahan seri itu merasakan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan sendiri, apabila Terengganu yang kurang beraksi dengan penangguhan jadual dan pasukan lawan yang bakal beraksi di Piala AFC.


Beliau kini bersama skuad kebangsaan Kemboja kecewa tidak dapat menyaksikan perlawanan kedua dimana Terengganu menewaskan Phnom Pench Crown dengan jaringan tiga satu.


Akhir sekali Thierry mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan pada musim ini.