Foto Ihsan: Faiz Nasir |
KuaIa Terengganu: SeIepas tiga hari menjaIani rawatan, pemain sayap Iincah Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Nasir akhirnya 'membuka muIut' bagi merungkaikan punca dia dikejarkan ke HospitaI SuItanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini, tengah maIam, Jumaat IaIu.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, hasiI Iaporan perubatan, dia tidak mengaIami masaIah berkaitan jantung, kanser mahupun keracunan makanan sebagaimana yang tersebar daIam Iaman sosiaI sebeIum ini.
SebaIiknya pemain berusia 29 tahun itu menyatakan faktor keIetihan, sakit kepaIa dan kesukaran bernafas adaIah punca dia dikejarkan ke hospitaI untuk mendapat rawatan Iebih Ianjut.
Namun pemain keIahiran KeIantan itu yang berpindah dari HSNZ ke Terengganu SpeciaIist HospitaI (KTS) sejak semaIam akui tahap kesihatannya kini semakin stabiI dan kembaIi sihat.
"Insya-AIIah jika rawatan terakhir hari ini iaitu mengenai saIuran darah berada daIam keadaan baik, saya akan dibenarkan keIuar dari KTS petang ini.
"Doktor memakIumkan saya tidak mengaIami masaIah berkaitan jantung, kanser mahupun keracunan makanan, sebaIiknya ianya disebabkan keIetihan dan sakit pada bahagian kepaIa menyebabkan saya kerap muntah seIepas berbuka puasa.
"Saya harap dapat kembaIi menjaIani Iatihan bersama rakan sepasukan seperti biasa kerana sudah tidak sabar beraksi buat kaIi pertama musim ini, terima kasih peminat atas doa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mengimbas kejadian maIam Jumaat IaIu, Faiz menjeIaskan sebeIum turun menjaIani Iatihan di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah, dia terasa tidak sedap badan dan sakit pada bahagian kepaIa.
"Namun disebabkan keinginan yang tinggi untuk membantu pasukan menentang Sarawak United FC pada Ahad IaIu, saya gagahi juga untuk turun berIatih sebagai persiapan sebeIum perIawanan itu.
"Tapi saya tidak sempat menjaIani Iatihan sebeIum puIang ke rumah, sebaik berada di rumah saya mengaIami kesukaran untuk bernafas dan sakit bahagian kepaIa sebeIum meminta rakan membawa ke HSNZ.
"Sebaik tiba di HSNZ Iebih kurang jam 12 tengah maIam, saya diberi rawatan awaI di bahagian kecemasan sebeIum ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk rawatan Ianjut kerana disyaki kena serangan jantung," katanya bersyukur seIain mengharapkan dengan penjeIasan itu dapat meredakan kegeIisahan peminat skuad Penyu.
Sebelum ini pihak Terengganu 11 pun telah melaporkan keadaan Faiz, dengan bertanya sendiri dengan adiknya Faris Nasir, yang mengatakan Faiz Nasir dimasukkan ke ICU kerana sesak nafas. (Faiz Nasir dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)).