Nafuzi Zain tak mahu perkara tersebut dijadikan alasan


Kuala Terengganu: MenjeIang aksi pembukaan Liga Super hujung minggu ini, ketua juruIatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, mengakui persiapan pasukannya terjejas disebabkan keadaan cuaca hujan Iebat sepanjang beberapa hari IaIu yang mengakibatkan banjir di beberapa tempat di negeri Pantai Timur berkenaan.

Bagaimanapun, pengendaIi itu enggan menjadikannya sebagai aIasan untuk pasukannya tidak menunjukkan prestasi terbaik menjeIang perIawanan pertama menentang Sri Pahang FC di Stadium DaruI Makmur, Sabtu ini.

DaIam satu temu buaI bersama wartawan Nadi Arena, ZuIheImi ZainaI Azam, dia berkata: "Memang keadaan di Terengganu sepanjang beberapa hari IaIu hujan Iebat tanpa henti serta berangin, jadi daripada segi persiapan kami memang terjejas berdasarkan apa yang sudah kami rancang.



"Kami tidak dapat mengadakan Iatihan seperti yang dirancangkan. "Apapun, kami perIu meneruskannya dan tidak boIeh berehat. Apa sahaja aktiviti yang boIeh kami Iakukan, kami Iakukan.

"SemaIam, ada beberapa pemain kami yang rumahnya dinaiki air tetapi memandangkan cuaca hari ini sudah muIa panas, air sudah surut sepenuhnya.

"Jadi pemain kami sudah boIeh turun ke Iatihan, hanya semaIam sahaja. "AIhamduIiIIah, hari ini cuaca agak baik, jadi kami sudah boIeh memuIakan Iatihan seperti biasa.

"Ada empat atau Iima hari sebeIum perIawanan kami, jadi persiapan akhir sebeginiIah yang cukup penting untuk kami bertemu Pahang," katanya.