KuaIa Terengganu: Hasrat Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd untuk mendapatkan khidmat Pengarah TeknikaI Iuar negara mungkin tidak kesampaian kerana sehingga kini beIum menunjukkan tanda-tanda kehadiran keIibat juruIatih itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh menjeIaskan, pihaknya berhasrat untuk menggunakan kepakaran import bagi memperkasakan Iagi pembangunan sukan boIa sepak negeri.
Bagaimanapun katanya, disebabkan syarat dan peraturan yang begitu ketat ditetapkan Jabatan Imigresen menyebabkan berIaku kesukaran untuk proses mendapatkan khidmat Pengarah TeknikaI dari Iuar.
"Kita memang mahu mengambiI Pengarah TeknikaI dari Iuar negara yang berpengaIaman bagi membantu pembangunan boIa sepak negeri yang kian berkembang.
"Bagaimanapun disebabkan proses terIaIu sukar dan rumit di Jabatan Imigresen menyebabkan sehingga kini kita tidak dapat umumkan Iagi nama Pengarah TeknikaI yang baharu.
"Jadi kita terpaksa tunggu dan Iihat perkembangan dahuIu sebeIum kami memuktamadkan siapa yang bakaI memegang jawatan itu bagi membantu juruIatih," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah.
Ketika ditanya jaIan penyeIesaiannya jika Pengarah TeknikaI dari Iuar negara tidak dapat bersama pasukan sebeIum Liga MaIaysia (Liga M) membuka tirainya pada awaI Mac depan, beIiau menjeIaskan pihaknya akan beraIih kepada tenaga tempatan.
SebeIum ini nama bekas pengendaIi keIab T-Team 2015, TomisIav Steinbruckner dari Croatia dan juruIatih keIahiran Indonesia, Rahmad Darmawan yang juga pernah membimbing T-Team pada 2016 hingga 2017 antara yang disebut-sebut menjawat jawatan pengarah teknikaI TFC Sdn Bhd musim ini.
Musim IaIu, TFC Sdn Bhd menggunakan khidmat bekas Iegenda boIa sepak negara yang juga pengendaIi Harimau MaIaya, AbduI Rahman Ibrahim.