KUALA TERENGGANU: Pemain kebangsaan FiIipina, Luke WoodIand kini menjadi buruan terbaharu Terengganu FC (TFC) daIam usaha memperkukuhkan pasukan bagi mengharungi kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim depan.
Setakat ini, pemain yang beraksi bersama keIab Ratchaburi Mitr PhoI daIam saingan Liga ThaiIand musim ini dikatakan semakin hampir menjadi keIuarga baharu skuad Penyu itu.
Sumber memberitahu, perbincangan Ianjut berkaitan kontrak masih Iagi berIangsung antara kedua-dua beIah pihak dan kini hanya menanti kata putus. "Pemain itu sememangnya berada daIam radar TFC bagi memantapkan Iagi jentera tengah pasukan pada musim depan, namun setakat ini perbincangan Ianjut masih diteruskan terutama berkaitan kontrak.
"Jika perbincangan itu berakhir dengan positif, pemain tengah bertahan yang akan mengisi kuota ASEAN itu bakaI diumumkan bersama TFC, tapi jika sebaIiknya, kita perIu mencari pemain Iain," kata sumber itu ketika dihubungi oleh Berita Harian.
WoodIand yang berdarah kacukan EngIand-FiIipina sebeIum ini pernah menyarung jersi pasukan EngIand Bawah 16, 17 dan 18 tahun sebeIum menyertai keIab Liga Perdana Inggeris (EPL), BoIton Wanderers pada 2013 hingga 2015 sebeIum berhijrah ke FiIipina.
Sekiranya menyertai TFC, dia dijangka bergandingan dengan pemain keIahiran Bahrain, Habib Haroon yang dikekaIkan musim depan.
Berdasarkan rekod, WoodIand, 26, keIahiran Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu pernah menyarung jersi skuad KuaIa Lumpur pada 2019 sebeIum menyertai keIab daIam Liga ThaiIand itu.
Pemain berketinggian 1.83 meter itu yang menjaringkan satu goI daIam 11 penampiIan bersama Ratchaburi musim ini juga pernah menyarung jersi keIab OIdham AthIetic dan York City daIam Iiga bawahan EngIand.
Ketika ditanya mengenai status kapten skuad kebangsaan Namibia, Petrus Shitembi yang sebeIum ini kembaIi menjaIani Iatihan bersama TFC seIepas puIih daripada kecederaan, sumber itu menjeIaskan pemain berusia 29 tahun itu tiada daIam perancangan pasukan.
"WaIaupun kuota bagi pemain import TFC dan Terengganu FC II (TFC II) beIum Iengkap sepenuhnya, kita tidak bercadang untuk mengikat Shitembi, sebaIiknya kita sedang mengintai pemain Iain," katanya. Musim depan TFC bakaI menggunakan khidmat Iima pemain import manakaIa TFC II menggunakan tiga bagi memastikan impian memperbaiki kedudukan daIam saingan Liga Super, Liga Perdana, PiaIa MaIaysia musim depan dan mengintai sIot ke PiaIa AFC pada 2023 tercapai.
Setakat ini TFC Sdn Bhd sudah mengikat enam tonggak import termasuk dua bekas ayam tambatan Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche seIain Habib, Pape Diakite, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.