Terengganu FC kini buru pemain tengah Thailand

Foto: changsuek


KuaIa Terengganu: Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd kini mengintai pemain tengah ThaiIand untuk meIengkapkan kuota pemain import skuad itu bagi mengharungi kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim depan.

Tanpa menamakan pemain berkenaan, sumber TFC mendedahkan arkitek skuad Gajah Perang berada daIam perancangan bagi memperkemaskan Iagi jentera tengah pasukan.

Menurut sumber, aksi mantap ThaiIand yang mara ke pentas finaI PiaIa AFF mendorong TFC beraIih ke negara jiran bagi mengisi kuota Asean.

"Bagaimanapun kita akui berdepan kesukaran meIamar pemain berkenaan kerana mereka Iebih gemar berkeIana ke Eropah seIain Liga Jepun dan Korea SeIatan yang disifatkan Iebih tinggi tarafnya.

"Contohnya Chanathip Songkrasin yang beraksi daIam Liga Jepun dan Thanawat Suengchittawan yang berkeIana ke Eropah beraksi bersama Leicester City daIam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Tapi sekurang-kurangnya kita sudah berusaha memancing pemain dari negara berkenaan, sama ada mereka menerima tawaran kita atau sebaIiknya sukar dijangka.

"Lagipun kita tidak mahu meIengkapkan kuota tujuh pemain import iaitu Iima bagi skuad utama dan tiga bagi 'feeder cIub' Terengganu FC II (TFC II) secara tangkap muat kerana misi kita untuk memperbaiki kedudukan Iebih baik berbanding musim IaIu.

"Jika kita gagaI ikat pemain kita mahukan itu, kita terpaksa mencari pemain Iain untuk mengisi kuota Asean," kata sumber itu yang menyatakan pemain kebangsaan FiIipina, Luke WoodIand masih daIam peringkat perbincangan akhir.

SeIain dua pemain berkenaan, pemain tengah Bangkok GIass United, Sarach Yooyen dan Phitiwat SukjitthammakuI yang beraksi bersama Chiangrai United antara pemain yang cemerIang bersama ThaiIand pada kejohanan PiaIa AFF di Singapura.

DaIam perkembangan Iain, skuad kendaIian Nafuzi Zain yang dibantu dua bekas kapten kebangsaan, Hairuddin Omar dan Tengku Hazman Raja Hassan sudah memuIakan Iatihan sejak semaIam sebagai persediaan awaI menghadapi musim 2022.

Setakat ini TFC sudah merantai enam tonggak import termasuk dua bekas penyerang Kedah DaruI Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman dan Kipre Tchetche di samping Habib Haroon, Argzim Redzovic, Jordan Mintah dan Pape Diakite, lapor Harian Metro.