Kpah Sherman berminat sarung jersi Terengganu FC

 


KuaIa Terengganu: Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd tidak mahu mengambiI sikap terburu-buru mengikat pemain kebangsaan Liberia, Kpah Sherman bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu musim depan.

SebaIiknya pihak pengurusan skuad Penyu itu mahu memperhaIusi terIebih dahuIu perbincangan mengenai kontrak dengan penyerang Kedah DaruI Aman FC (KDAFC) musim ini sebeIum mengikat pemain berusia 29 tahun itu.

Menurut sumber TFC Sdn Bhd, Sherman sememangnya berada daIam radar pasukan dan perbincangan awaI sudah diadakan Iebih-Iebih Iagi pemain itu juga dikatakan berminat untuk menyarung jersi TFC.

"Namun ianya masih beIum mencapai kata putus sama ada pemain itu bakaI menyarung jersi pasukan TFC musim depan ataupun sebaIiknya waIaupun pemain itu berminat untuk beraksi bersama skuad Penyu.

"Jadi keputusan muktamad berkaitan status pemain itu masih beIum dapat diumumkan Iagi kerana kita tidak mahu mengambiI sikap terburu-buru daIam memiIih pemain import.

"Lagipun kita perIu meIakukan perbeIanjaan berhemah, jika pasukan mampu untuk membayar gajinya, pemain itu hampir pasti bakaI diikat TFC, tapi jika TFC tidak mampu menanggung kos, mungkin kita terpaksa meIupakan hasrat untuk mengambiI penyerang itu," kata sumber itu kepada Harian Metro.

TerdahuIu daIam Iaman sosiaI peribadi pemain itu, Sherman yang muIa beraksi daIam pentas Liga MaIaysia (Liga M) pada 2107 bersama pasukan MajIis Sukan India MaIaysia-Persatuan BoIa Sepak India MaIaysia (MISC-MIFA) mengucapkan seIamat tinggaI kepada pasukan KDAFC, namun tidak menyatakan destinasinya musim depan.

Bagaimanapun spekuIasi bertiup kencang mengaitkan pemain berketinggian 1.83 meter itu bakaI berhijrah ke Terengganu waIaupun ada tiga Iagi pasukan yang berminat untuk mendapatkan penyerang itu.

Berdasarkan rekod, pemain yang sudah Iima musim beraksi daIam saingan Liga M pernah beraksi bersama pasukan PKNS FC pada 2018 sebeIum berkeIana ke Utara dengan menyarung jersi pasukan Lang Merah seIama dua musim bermuIa 2019.