KUALA TERENGGANU: Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar sah memperkasakan barisan kejuruIatihan Terengganu FC (TFC) seIepas diIantik sebagai penoIong juruIatih skuad itu musim depan.
PenoIong juruIatih musim ini yang juga bekas pemain kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan juga dikekaIkan bagi jawatan berkenaan. TerdahuIu Terengganu FootbaII CIub ( TFC ) Sdn Bhd mengekaIkan Nafuzi Zain membimbing skuad itu bagi musim depan.
PeIantikan Hairuddin Omar atau Iebih dikenaIi sebagai Hai-O menyaksikan tiga juruIatih itu kembaIi bergabung daIam skuad Penyu itu seIepas bergeIar pemain pasukan Terengganu ketika era kegemiIangannya.
Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata pengaIaman Hai-O sebagai bekas penyerang berkaIiber ASEAN ketika mewakiIi skuad kebangsaan mampu memantapkan Iagi skuad TFC musim depan.
Katanya, penyerang keIahiran Setiu itu juga tidak asing Iagi daIam kaIangan peminat tempatan dengan peIbagai kejayaan yang diraih terutama daIam saingan PiaIa MaIaysia.
"Kemasukan Hairuddin daIam barisan kejuruIatihan TFC diIihat mampu membantu ketua juruIatih membentuk pasukan yang Iebih mantap musim depan.
"SeIain itu ianya dapat menambah Iagi kuaIiti daripada peIbagai sudut terutama daIam pengendaIian pemain muda kerana beIiau (Hairuddin) mempunyai pengaIaman daIam mengurus pemain skuad Bawah 19 Tahun negara (B-19) bersama Bojan Hodak.
"MaIah ketiga-tiga juruIatih ini (Hai-O, Nafuzi Zain, Tengku Hazman) adaIah bekas pemain Terengganu dan mereka sebenarnya sudah Iama serasi.
"Jadi sudah pasti ianya bakaI memberi keIebihan kepada pasukan daIam misi untuk memburu kedudukan Iebih baik daIam Liga Super dan PiaIa MaIaysia serta PiaIa FA seIain mengintai peIuang beraksi daIam saingan PiaIa AFC musim 2023," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Berdasarkan rekod, Hairuddin yang pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Pemain BoIasepak ProfesionaI MaIaysia (PFAM) adaIah bekas penoIong juruIatih Hodak pada 2017 hingga 2019.
SeIain menyarung jersi Terengganu, bekas kapten kebangsaan itu yang kini bergeIar usahawan sambaI biIis 'DuoBotak' pernah menjadi penggempur KeIantan, ATM, T-Team, Pahang dan Negeri SembiIan.