Jordan Mintah kecewa dan merajuk?


Kuala Terengganu: Jordan Mintah yang baru mengikat kontrak sehingga 2023 untuk kekal bersama Terengganu FC, dilihat meluahkan kekecewaan di laman sosial peribadi twitternya.



Kekecewaan ini mungkin terjadi apabila dikhabarkan bekas penyerang Terengganu FC, Kipre Tchetche yang akan kembali memperkuatkan serangan pasukan itu musim depan bersama Kpah Sherman.

Jordan Mintah sebelum ini sudah menyuarakan hasratnya akan terus kekal bersama pasukan Terengganu FC jika dia dijanjikan tempat di pasukan utama.

Jelas kekecewaan tersebut, menerusi tweetnya itu kemungkinan beliau yang sebelum ini menolak tawaran pasukan daripada Filipina yang akan bermain di Piala AFC musim depan, akan beralih arah ke pasukan itu, selepas apabila kelihatan janji yang tidak ditepati.

Sama-sama nantikan keputusan dan apa yang akan berlaku antara Jordan Mintah dan Terengganu FC, diharap dapat menyelesaikan perkara ini sebelum Liga Malaysia bermula atau kemungkinan tidak ada apa yang berlaku, dengan harapan ianya sekadar luahan masalah peribadi pemain tersebut yang tiada kena mengena dengan pasukan.