Foto: aidirphotography |
Kuala Terengganu: Saingan suku akhir kedua TM Piala Malaysia khamis ini nampaknya Terengganu FC bakal kehilangan dua tonggak import yang mengalami kecederaan.
Kecederaan pemain import Asia dan Asean iaitu Habib Haroon & ketua pasukan Carli De Murga, kemungkinan akan terlepas pada aksi suku akhir kedua nanti.
Status kecederaan kedua-dua pemain itu tidak serius dan dikhabarkan mungkin diberikan rehat serta kembali dapat beraksi jika Terengganu berjaya ke separuh akhir dan perlawanan akhir TM Piala Malaysia.
Terengganu FC tidak perlu bimbang tentang situasi itu kerana, masih mempunyai enam pemain import yang boleh beraksi dan bebas kecederaan.
Sebagaimana sedia maklum di TM Piala Malaysia tiada istilah kuota pemain import 3+1+1 (3 Bebas+Asia+Asean), Terengganu boleh menurunkan kesemua pemain import bebas ketika berdepan Sarawak United, tetapi hanya empat orang di atas padang dan seorang dibangku simpanan kerana status Sarawak United yang beraksi di Liga Perdana.
Menjadi persoalan dikalangan peminat, Terengganu FC tidak pernah menggunakan kelebihan ini, dan mereka sentiasa husnuzon bahawa ini adalah taktikal jurulatih atau mungkin bimbang dan tidak jelas tentang peraturan tersebut.
Kami telah berhubung dengan salah seorang pegawai MFL bertanyakan tentang persoalan ini di twitter, dan ini jawapan yang kami terima seperti dibawah:
Jadi dengan maklumat jelas ini, Terengganu FC boleh berkira-kira menggunakan kelebihan pemain import yang ada bila bertemu Sarawak United nanti.
Yang penting kemenangan untuk layak ke separuh akhir! Bukit Jalil Tahung Ning!