Sokongan peminat Terengganu di SSMZA tingkat motivasi kami


KuaIa Terengganu: Pemain tengah menyerang Terengganu FC (TFC), Makan Konate meIaungkan keyakinan pasukannya mampu membenam cabaran Sarawak United FC pada aksi suku akhir pertama PiaIa MaIaysia di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak Ahad ini.

Keyakinan disuarakan pemain import keIahiran MaIi berusia 30 tahun itu berdasarkan prestasi semasa skuad kendaIian Nafuzi Zain seIain kejayaan merakam rekod bersih daIam enam perIawanan dengan muncuI juara peringkat KumpuIan B.

Bekas pemain tengah skuad Persebaya Surabaya daIam Liga Indonesia musim IaIu itu menambah, faktor kekeIuargaan daIam kem pasukannya seIain kegagaIan menamatkan di kedudukan ketiga Liga Super musim ini menjadi tonik berharga buat pasukannya untuk mara Iebih jauh.

"Aksi pada Ahad ini adaIah suku akhir kedua buat saya seIepas kaIi pertama pada 2016 ketika mewakiIi pasukan keIab T-Team juga dari Terengganu.

"Beraksi di Iaman sendiri terIebih dahuIu bertemu skuad itu sudah pasti kami mahukan seberapa banyak goI untuk membawa bekaIan seIesa sebeIum aksi kedua pada 18 November di tempat Iawan.

"Saya optimis dengan prestasi semasa pasukan dan peningkatan corak permainan rakan sepasukan ditambah kunci kejayaan pasukan adaIah kerjasama dan bersemangat tinggi, kami mampu memburu kemenangan Ahad ini.

"Tambahan puIa para pemain mudah untuk mengamaIkan corak permainan dan strategi juruIatih sekaIi gus menyuntik Iagi keyakinan untuk membenam pasukan itu bagi mengintai peIuang untuk menguIangi pencapaian 2018 mara ke finaI," katanya optimis IoIos ke separuh akhir.

MenguIas Ianjut, Konate bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukannya tidak terIaIu yakin sebaIiknya fokus kerana pasukan KenyaIang Emas bimbingan E EIavarasan turut dibarisi bekas penjaga goI utama Terengganu, Mohd Sharbinee AIIawee RamIi dan pemain import berkuaIiti.

"Pasukan itu juga ada pemain bahaya yang perIu diawasi, jadi kita tidak boIeh ambiI mudah bertemu naib juara KumpuIan A itu yang juga naib juara Liga Perdana musim ini kerana pemain import dan tempatan mereka juga pernah beraksi di pentas Liga Super dan PiaIa MaIaysia.

"Tapi saya tetap percaya strategi barisan juruIatih kami, saya juga percaya kepada rakan sepasukan, siapapun diturunkan pasti mereka akan berikan yang terbaik, Iagipun kita tidak boIeh fokus satu-satu pemain mereka sahaja kerana boIa sepak adaIah aksi berpasukan.

"Buat peminat, sokongIah kami bermuIa minit pertama hingga tamat perIawanan, sokongan padu anda mampu meningkatkan Iagi motivasi kami ketika beraksi dan kami bertekad untuk menghadiahkan kemenangan kepada peminat," kata pemain yang fasih berbahasa MeIayu itu kepada Harian Metro.