Kuala Terengganu: Status Nafuzi Zain sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya, dengan berbaki sehari sahaja lagi kontrak jurulatih itu, belum ada pengumuman dari pihak pengurusan Terengganu FC.
Mengikut sumber diperolehi kemungkinan khidmatnya tidak disambung berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh pengurusan sebelum ini.
Jika KPI menjadi ukuran, nasib jurulatih itu mungkin sudah boleh diketahui, walaubagaimanapun berdasarkan prestasi musim ini yang ditunjukkan ditangga ke empat Liga Super, dan empat terbaik di kempen Piala Malaysia boleh dikatakan baik, berdasarkan bajet yang diperolehi untuk membentuk pasukan musim 2021.
Pihak pengurusan Terengganu FC sebelum ini telah meletakkan sasaran dikedudukan ketiga teratas Liga Super 2021 dan layak secara automatik ke Piala AFC 2022.
Mengikut sumber yang diperolehi, dikhabarkan nama bekas jurulatih yang pernah mengendali pasukan T-Team dalam radar pasukan, tapi belum dapat disahkan sejauh mana kebenaran tersebut.
Peminat Terengganu FC masih menanti pengumuman rasmi dari pengurusan sama-ada Nafuzi Zain dikekalkan atau sebaliknya.
Skuad penyu sudah kehilangan seorang pemain pertahanan, Muhammad Mohd Faudzi yang mengumumkan meninggalkan pasukan itu dan akan berhijrah ke pasukan lain untuk musim hadapan dan dikhabarkan Nasir Basharuddin juga akan mengikut jejak langkah Muhammad yang dikatakan akan berhijrah ke pasukan berpengkalan di Lembah Klang.
Terengganu FC yang dibelenggu masalah ketajaman dibahagian serangan dikhabarkan sedang berunding dengan penyerang Kedah Darul Aman, iaitu Kpah Sherman dan juga seorang lagi pemain iaitu Rabih Ataya.
Pemain import yang dijangka kekal dan dalam rundingan ialah Jordan Mintah, Argzim Redzovic, Dechi Marcel, Habib Haroon dan Petrus Shitembi, masing-masing akan ditawarkan kontrak lanjutan mengikut sumber yang diperolehi.
Namun pemain tengah Terengganu FC (TFC), Dechi MarceI kini 'panas' dikaitkan dengan spekuIasi pasukan Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) seIepas skuad Hijau Kuning itu dikatakan mahu mencari beberapa import berpengaIaman daIam Liga MaIaysia untuk aksi saingan Liga MaIaysia dan PiaIa AFC pada musim depan.
Meskipun beIum ada makIumat rasmi berkaitan penghijrahan pemain keIahiran Ivory Coast berusia 30 tahun yang digeIar Kante Ganu itu, namun meIaIui sumber yang berIegar setakat ini, nama MarceI kini dikatakan berada daIam radar skuad Hijau Kuning yang mahu menguatkan corak permainan di ruang tengah.