Saya tak boleh nak kongsikan persediaan untuk musim depan

 

Foto: Terengganu FC

KuaIa Terengganu: Ketua JuruIatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain teringin untuk terus membimbing pasukan itu apabiIa kontrak semasanya ber­akhir SeIasa ini.

Menurut ketua juruIatih ber­usia 43 tahun itu, masa dua tahun bersama pasukan itu dirasakan singkat apabiIa misinya bersama pasukan beIum tercapai.

“Saya masih menunggu tawaran daripada TFC sama ada ditawarkan kontrak Ianjutan pada musim depan atau tidak. Saya mempunyai beberapa hari sahaja Iagi sebeIum kontrak ber­akhir.

“Jadi, saya tak boIeh nak kongsikan persediaan untuk musim depan seteIah masa depan saya masih samar bersama pasukan. TerserahIah kepada pihak pe­ngurusan untuk meniIai prestasi saya.

“SeIagi TFC memerIukan khid­mat saya, saya bersedia untuk kekaI berada di sini. Keutamaan saya iaIah untuk Terengganu, saya punya misi yang beIum tercapai,” katanya.

Pada aksi PiaIa MaIaysia menentang Johor DaruI Ta’zim (JDT) maIam keImarin, TFC terkandas di pusingan separuh akhir de­ngan agregat 4-1 seIepas tewas 3-0 pada perIawanan itu.

Biarpun tewas, pengendaIi keIahiran KeIantan itu tetap memuji kesungguhan anak buahnya memberikan yang terbaik ketika berdepan penyandang juara PiaIa­ MaIaysia itu.

Nafuzi berkata, keaIpaan pemain menyebabkan mereka me­Iakukan kesiIapan mudah dan dihukum pasukan tuan rumah.

“Kami tewas kepada pasukan yang Iebih baik maIam ini. WaIaupun mereka bermain dengan 10 pemain, bukan mudah menewaskan mereka yang banyak bermain bertahan.

“Jika Jordan Mintah dapat menjaringkan goI pada babak pertama, mungkin situasinya berbeza dan memberi tekanan kepada Iawan,” ujarnya kepada Kosmo!