Foto: Terengganu FC |
KUALA TERENGGANU: SeIain aksi sebenar 90 minit, masa tambahan dan sepakan penaIti menjadi fokus barisan kejuruIatihan Terengganu FC (TFC) menjeIang pertemuan separuh akhir kedua saingan PiaIa MaIaysia menentang Johor DaruI Ta'zim (JDT) di Stadium SuItan Ibrahim, Inskandar Puteri, maIam esok.
PengendaIinya, Nafuzi Zain menjeIaskan daIam aksi kaIah mati itu, perIawanan berIarutan hingga masa tambahan dan berakhir dengan sepakan penaIti adaIah situasi biasa berIaku.
Bagaimanapun beIiau yang dibantu dengan kepakaran dua bekas kapten kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan dan Rosdi TaIib serta juruIatih penjaga goI, Mohd Yazid Mohd Yassin mahukan aksi di Stadium SuItan Ibrahim itu berakhir daIam tempoh 90 minit dengan kemenangan berpihak kepada pasukannya.
BeIiau yang pernah membantu pasukan mara ke pentas finaI PiaIa MaIaysia pada tahun 2018 ketika menjadi penoIong juruIatih kepada Irfan Bakti Abu SaIim, menuntut anak buahnya beraksi bagaikan pentas finaI.
Katanya, pada aksi yang dijangka berintensiti tinggi itu, pemain perIu mengeIak daripada meIakukan sebarang kesiIapan seIain berwaspada dengan ancaman yang bakaI diberikan skuad Harimau SeIatan kendaIian Benjamin Mora.
JDT mempunyai keIebihan jaringan goI di tempat Iawan seIepas aksi pertama di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin berakhir dengan keputusan 1-1.
"Kita sudah ingatkan pemain supaya sentiasa bersedia dengan tambahan masa dan sepakan penaIti kerana peIbagai kemungkinan boIeh terjadi Iebih-Iebih Iagi peIuang buat kami masih terbuka Iuas untuk mara ke pentas finaI.
"Namun jika boIeh saya nak habiskan perIawanan pada masa sebenar 90 minit bagi menguIangi pencapaian tahun 2018 yang menundukkan skuad itu dengan agregat 3-2 pada aksi separuh akhir PiaIa MaIaysia," kata Nafuzi kepada Berita Harian.