Muhammad ucap terima kasih dan salam perpisahan


Kuala Terengganu: Pemain pertahanan Terengganu FC, Muhammad bin Mohd Faudzi mengucapkan selamat tinggal kerana tidak akan bersama pasukannya kini bagi musim depan.

Pemain yang mesra dipanggil Amad, mengucapkan jutaan terima kasih dan permohonan maaf kepada seluruh keluarga TFC dan penyokong dilaman sosial peribadi instagramnya sepanjang beliau bersama pasukan itu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kepada pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan pada semua pemain. Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah banyk membantu sya dan telah banyk menyokong perjuangan sya dalam pasukan. Trima kasih tidak terhingga juga atas tunjuk ajar semua sepanjang sya berada di sini. Anda semua ibarat sebuah keluarga yang sukar untuk sya cari ganti. Diharapkan tali persaudaraan kita x putus disini saja dan hati sya tetap masih sygkan pasukan ini. Tapi dalam bola sepak hijrah itu adalah perkara biaasa demi mencari pengalaman baru bagi meneruskan karier sya sebagai pemain bola sepak. Sya berharap anda semua mampu melakukan yang terbaik untuk terengganu fc pada musim2 yg akan dtg. Tidak lupa juga kepada para penyokong TFC yg sentiasa bersama dikala jatuh bangun pasukan. Jutaan terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa memberikan sokongan yg terbaik kepada pasukan TFC. Semestinya saya akan merindui aura anda semua. Akhir kata bg sya, Terima kasih sekali lagi atas segalanya untuk sya selama ini dan mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku sya sepanjang sya bersama pasukan. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻
@officialterengganufc


Terima kasih Amad sepanjang bersama T-Team dan Terengganu, semoga berjaya bersama pasukan baru di musim hadapan.