Khabar angin tak ganggu fokus Makan Konate


Kuala Terengganu: Sejak minggu lepas bertebaran khabar angin dari Indonesia bahawa Makan Konate akan ke Arema FC di Liga 1.

Khabar angin ini mula tercetus selepas satu muat naik story di Instagram milik Presiden Arema FC, Gilang Widya Pramana sedang berpanggilan secara video dengan Makan Konate dan memberi bayangan seperti ingin membawa pemain tersebut ke Arema FC musim depan.

Walaubagaimanapun ketua jurulatih Arema FC, Eduardo Almeida menepis tanggapan itu dengan mengatakan "Makan Konate bukan pemain Arema".

Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan kerana Makan Konate masih mempunyai kontrak dengan Terengganu FC sehingga tamatnya kempen Piala Malaysia ini.

Makan Konate terus tenang dan tidak memikirkan soal ini, dengan berjaya menjaringkan gol ketika bertemu dengan Perak rabu lalu yang berkesudahan, Terengganu membelasah Perak empat kosong tanpa belas kasihan.

Terengganu akan berkunjung ke Stadium MBPJ malam esok bagi bertemu Selangor, kedua-dua pasukan sudah layak ke suku akhir tetapi masih berbaki dua perlawanan bagi menentukan Juara dan Naib juara kumpulan B.