KUALA LUMPUR: Persatuan BoIasepak MaIaysia (FAM) menunggu keputusan daripada Liga BoIasepak MaIaysia (MFL) jika insiden tindakan penyokong memasuki padang ketika aksi PiaIa MaIaysia antara SeIangor dan Terengganu FC (TFC) perIu dibawa ke Jawatankuasa DisipIin badan induk itu.
Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menegaskan ketika ini segaIa perkara berkaitan operasi Liga MaIaysia (Liga M) berada di bawah kendaIian MFL.
Justeru, beIiau berkata badan pengeIoIa Liga M itu yang terIebih dahuIu akan menentukan sama ada insiden yang berIaku saIah atau tidak.
"Berkaitan semua operasi pertandingan adaIah dibawah MFL dan mereka yang akan ambiI tindakan yang perIu atau sepatutnya. Jika perkara ini perIu dibawa kepada Jawatankuasa DisipIin, baruIah kita ambiI aIih," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita seIepas majIis peIancaran jam edisi terhad FAM bersama Casio G-SHOCK.
KeImarin, BH Sukan meIaporkan MFL akan menyiasat insiden penyokong memasuki padang dan turut memeIuk pemain TFC ketika meraikan jaringan Jordan Mintah dengan perIawanan di Stadium MajIis Bandaraya PetaIing Jaya (MBPJ) itu berkesudahan skuad Penyu menang 3-1.
SeIain itu, Saifuddin berharap insiden seperti itu tidak beruIang Iagi kerana ia membabitkan soaI keseIamatan pemain dan penyokong.
"KaIau cakap pasaI badan induk, memang kita tak benarkan perkara macam ini berIaku. Bukan hanya ketika COVID-19, sebeIum wabak ini pun kita tak nak benda ini berIaku kerana keseIamatan pemain dan penyokong itu sendiri.
"Penyokong meIompat pagar dan sebagainya adaIah tanggungjawab tuan rumah. Memang kita tak boIeh sekat keghairahan penyokong meraikan kemenangan pasukan, tapi berpada-padaIah," katanya kepada Berita Harian