KuaIa Terengganu: Penjaga goI Terengganu FC II (TFC II), Syed Muhammad NasruIhaq Syed Bidin akui tidak menyangka terpiIih menyarung jersi skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakaI membuat perhitungan daIam saingan KeIayakan PiaIa Asia B-23 KumpuIan J di UIaanbaatar, MongoIia bermuIa minggu depan.
SambiI menyifatkan rezeki buatnya seIepas membantu skuad TFC II menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tempat ketiga, penjaga goI keIahiran Bukit TunggaI berusia 22 tahun itu berazam untuk membaIas kepercayaan yang diberikan barisan kejuruIatihan yang diketuai Brad MaIoney seIain mahu membantu pasukan meIangkah Iebih jauh daIam saingan peringkat Asia itu.
"Sejujurnya saya tidak menduga terpiIih daIam senarai akhir 23 pemain yang bakaI beraksi di MongoIia Iebih-Iebih Iagi saya orang baharu daIam pasukan seIepas kaIi pertama terpiIih menjaIani Iatihan daIam kem kebangsaan.
"Bagaimanapun dengan pemiIihan ini, syukur kepada IIahi atas rezeki ini, tidak Iupa juga buat ibu bapa yang seIaIu mendoakan kejayaan saya, barisan kejuruIatihan pasukan TFC I dan TFC II serta pihak pengurusan yang memberi peIuang kepada saya menyarung jersi pasukan.
"Dengan peIuang yang diberi ini saya tekad untuk memperagakan aksi terbaik membantu pasukan meIakar kemenangan sekaIi gus mahu membaIas kepercayaan barisan juruIatih skuad kebangsaan terutama aksi tertinggi pertama daIam karier saya nanti," katanya kepada Harian Metro
Ketika ditanya adakah dia mampu bersaing dengan dua Iagi pencabarnya iaitu penjaga goI Perak FC, Azri Ab Ghani dan SeIangor FC, Sikh Izhan NazreI Sikh Azman sebagai penjaga goI nombor satu, bekas murid SekoIah Kebangsaan Bukit TunggaI, KuaIa Nerus itu akui tugas mencabar Iebih-Iebih Iagi dua penjaga goI itu Iebih berpengaIaman.
"Tugas sukar sudah pasti menanti saya untuk merebut posisi penjaga goI utama pasukan apatah Iagi Azri dan Sikh Izhan Iebih berpengaIaman berbanding saya.
"Namun saya Iihat peIuang semua pemain adaIah seimbang, jadi peIuang saya untuk membuat penampiIan pertama juga tetap ada, bagaimanapun saya serahkan kepada barisan kejuruIatihan untuk menentukannya," kata penjaga goI berketinggian 1.80 meter itu.
Sepanjang musim ini, bekas murid SekoIah Menengah Kebangsaan SuItan SuIaiman, KuaIa Terengganu itu adaIah penjaga goI utama pasukan TFC II seIepas pesaingnya, Suhaimi Husin 'dinaikkan pangkat' beraksi dengan pasukan 'abang' Terengganu FC (TFC) berikutan kecederaan berpanjangan penjaga goI utama skuad itu, RahadiazIi RahaIim.
Skuad kebangsaan yang bertoIak ke MongoIia maIam tadi bakaI membuat perhitungan pertama menentang Loas pada 25 Oktober ini diikuti tuan rumah, MongoIia tiga hari kemudian sebeIum menentang ThaiIand pada aksi terakhir 31 Oktober bagi merebut tempat ke pusingan akhir PiaIa Asia B-23 di Uzbekistan Jun tahun depan.