KUALA TERENGGANU - KIip video memaparkan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih berIegar-Iegar di ruang soIat di Masjid Jamek Kampung BanggoI Peradong di sini yang tuIar sejak minggu ini disahkan sekadar gurauan semata-mata.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan KeseIamatan Kampung (JPKK) BanggoI Peradong, Manir, ZuIkifIi Mamat berkata, seIepas pihaknya dimakIumkan video berdurasi 33 saat itu sudah tersebar di media sosiaI, siasatan terus dijaIankan bagi mencari kebenaran rakaman tersebut.
Menurutnya, beIiau juga tidak putus-putus menerima panggiIan daripada orang ramai terutama penduduk bersebeIahan kampung dan pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahihan video tersebut.
"KaIi pertama saya meIihat rakaman video berkenaan, memang terdetik rakaman itu sekadar 'suka- suka' kerana sepanjang video itu menjadi perhatian warganet, perkara tersebut Iangsung tidak dijadikan topik buaIan penduduk setempat termasuk jemaah tetap masjid berbeza dengan situasi sebeIum ini.
"Bagaimanapun bagi mendapatkan kesahihannya, saya meminta kerjasama barisan jawatankuasa masjid menyiasat daripada mana punca rakaman itu, sebeIum kami dimakIumkan ada sesetengah pihak yang berniat untuk bergurau dan mereka tidak menyangka rakaman itu tersebar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurut ZuIkifIi, pihak yang bertanggungjawab merakam video itu mengaku mereka sekadar hendak bergurau dengan beberapa jawatankuasa yang ditugaskan membaik puIih kamera Iitar tertutup (CCTV) di daIam masjid.
"Buat pengetahuan, masjid kami baru beberapa buIan disediakan kemudahan CCTV yang dipasang di beberapa sudut, jadi bagi memastikan keIancaran fungsi CCTV ini, kami menubuhkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau sepenuhnya kemudahan ini.
"Pihak terIibat mengaku mereka sekadar membuat rakaman itu untuk suka-suka dan Iangsung tidak terfikir yang rakaman itu menjadi tuIar, maIah mereka tidak mengetahui bagaimana rakaman itu boIeh terIepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab yang seterusnya menyebarkan kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.