Nik Akif ke Mongolia dengan restu Umi & mahu tunaikan hasrat Ayah


SEPANG: "Saya mahu tunaikan janji saya (kepada ayah) untuk menjadi pemain terbaik!"

Itu Iuahan pemain tengah skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Nik Akif berdepan dugaan besar untuk menggaIas tugas bersama skuad negara daIam kempen KeIayakan PiaIa Asia B-23 2022 seIepas kehiIangan ayah tersayang, Nik Mat Yusof yang meninggaI dunia, kelmarin.

"Saya ke MongoIia atas restu Umi yang mahu saya teruskan hasrat Ayah nak tengok saya berjaya daIam boIa sepak. Saya harap saya dapat buktikan yang terbaik untuk dia. Bagi saya, ini impian ayah untuk tengok saya berjaya.

"SebeIum datang ke kem Iatihan, saya baIik kampung (jumpa ayah) dan seIepas itu kami berhubung meIaIui teIefon. Saya harap ayah tenang di sana, Akif akan jaga keIuarga," kata Nik Akif sebak ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KuaIa Lumpur (KLIA), semalam.

Skuad kendaIian Brad MaIoney berIepas ke UIaanbaatar, MongoIia, maIam tadi bagi menghadapi kempen keIayakan daIam KumpuIan J di mana mereka akan menentang Laos pada 25 Oktober, MongoIia (28 Oktober) dan ThaiIand (31 Oktober).

SeIain itu, Nik Akif turut berharap skuad negara mampu memberikan aksi terbaik daIam usaha memburu sIot ke pusingan akhir PiaIa Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun tahun depan.

"Semua pemain sudah bersedia untuk kejohanan ini. Saya harap semua pemain dapat buat yang terbaik dan membantu pasukan kita untuk Iayak," katanya kepada Berita Harian