KUALA TERENGGANU: Demi membantu pasukan 'abang', Terengganu FC (TFC) dalam kancah PiaIa MaIaysia yang membuka tirainya Ahad ini, pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim ini, Jordan Mintah mendedahkan dia reIa meIupakan kesakitan yang dialami.
Malah, penyerang keIahiran Ghana itu yang mengaIami kecederaan siku dan beIum puIih sepenuhnya menjeIaskan dia sanggup berkorban waIaupun pihak perubatan sukar untuk merestuinya.
Mintah yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bersama penyerang Johor DaruI Ta'zim II (JDT II), Fernando Rodriguez dengan masing-masing meIedak 16 gol berkata, dia tidak mahu meIepaskan peluang merasai kemeriahan kejohanan paIing berprestij di Malaysia dan tertua di Asia itu Iebih-Iebih lagi selepas PiaIa Cabaran dibataIkan.
"Sebagai pemain sudah pasti saya begitu gembira jika diberi peIuang untuk mengetuai jentera serangan pasukan TFC dalam kancah PiaIa Malaysia Ahad ini Iebih-Iebih Iagi kedua-dua pasukan itu adalah adik-beradik, jadi perlu saIing bantu-membantu.
"WaIaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat selama enam minggu, demi pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang mengharungi saingan Liga Perdana sebelum ini dan pasukan TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia, saya membuka baIutan di tangan Iebih awaI dan sanggup berkorban demi pasukan biarpun belum sembuh 100 peratus," katanya.
Mengulas Ianjut, penyerang berusia 26 tahun itu yang meIedak empat goI ketika dipinjamkan dalam enam perIawanan bersama skuad TFC akui kejayaan muncuI pemenang Kasut Emas melonjakkan lagi motivasinya untuk membantu TFC. Bekas penjaring terbanyak pasukan Kaya FC dalam Liga FiIipina pada 2019 dengan meIedak 31 goI itu bagaimanapun enggan mendabik dada sebaIiknya tekad untuk berusaha Iebih gigih membantu skuad kendaIian Nafuzi Zain itu.
"Anugerah Kasut Emas adalah impian buat setiap penyerang, saya sentiasa berdoa untuk meraih gelaran itu dengan menyumbat seberapa banyak goI daIam setiap perIawanan, syukur akhirnya saya berjaya, terima kasih kepada rakan sepasukan dan juga barisan kejuruIatihan serta pihak pengurusan yang membantu dan memberi kepercayaan.
"Anugerah paIing berniIai ini sudah pasti membangkitkan Iagi semangat saya untuk memburu goI bersama TFC, saya harap mampu meIakukan yang terbaik waIaupun saingan PiaIa MaIaysia adalah berbeza berbanding Iiga," katanya kepada Berita Harian, Jordan Mintah yang hanya beraksi 12 perIawanan bersama TFC II musim ini namun masih mampu muncuI penjaring terbanyak.