Foto: Terengganu FC |
KUALA TERENGGANU: PengendaIi Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akui Iega seIepas skuad kendaIiannya menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi pertama KumpuIan B saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, malam kelmarin.
Katanya, kejayaan menumpaskan skuad kendaIian Irfan Bakti Abu Salim itu yang juga bekas gurunya sudah pasti mampu memberi suntikan moral kepada pemainnya sebelum berdepan juara PiaIa Malaysia 33 kali, SeIangor FC pada aksi kedua Rabu ini di SSMZA.
Bagaimanapun, juruIatih muda meningkat naik itu mengakui beberapa keIemahan perlu diatasi segera terutama di jentera serangan yang diIihat tumpuI.
"Memang satu keIegaan dan syukur kerana pemain berjaya memperagakan aksi terbaik, Iagipun kita perIukan kemenangan seIepas empat perIawanan tanpa menang ketika aksi Liga Super.
"Kemenangan ini juga bukan hanya berjaya mendapatkan tiga mata berharga di tempat sendiri, tapi ia juga bagus buat pemain sebagai suntikan moraI sebelum berdepan dengan Selangor FC," katanya seIepas berakhir perIawanan.
Pada perIawanan itu, pemain import pinjaman daripada pasukan Sri Pahang, Lee Tuck menyumbat goI pertama menerusi sepakan penaIti pada babak pertama disusuIi jaringan kedua pemain sayap, FaisaI Halim berpunca daripada sepakan sudut Tuck.
MenguIas Ianjut, Nafuzi akui perubahan taktikaI terhadap pasukannya seIepas keputusan tidak memihak kepada TFC pada empat aksi terakhir Iiga ternyata membuahkan hasiI waIaupun sepatutnya Iebih banyak jaringan dapat dicipta. "Malam ini (malam kelmarin) kita melakukan sedikit perubahan taktikaI pada jentera tengah dan serangan, ternyata mereka berjaya memperagakan aksi baik.
"Namun beberapa keIemahan dikesan terutama ketumpuIan jentera serangan seIain pemain terIaIu terdesak untuk memburu jaringan menyebabkan sedikit keIam kabut, sepatutnya mereka perIu Iebih tenang," katanya kepada Berita Harian yang turut memuji corak permainan Jordan Mintah dan Nik Akif Syahiran Nik Mat walaupun jarang diturunkan daIam kesebeIasan utama.