Walaupun Belum Dilancarkan Secara Rasmi, Proton X50 Terima Tempahan Laris


Hangat diperkatakan sekarang ni tentang Proton X50 yang bakal berada di atas jalanraya diseluruh Malaysia tak lama lagi gais. Sepertimana yang korang semua tahu, mini SUV yang merupakan adik kepada Proton X70 ini telah boleh dibuat pra-tempahan dengan hanya dikenakan bayaran RM500 je terlebih dahulu. 

Inilah dia Mini SUV yang amat dinanti-nantikan akhirnya dah ada pun kat depan mata Oh! Media. Sangat berpuas hati dengan...

Posted by Oh! Media on Tuesday, September 15, 2020

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi Proton X50 ini, ia berjaya menerima pra-tempahan lebih 4,000 unit gais. Pergh! Terbaik betul penangan model terbaru Proton ni. Tapi Ohmedia rasa tak pelik pun sebab features yang ada pada Proron X50 tu pun sangatlah puas hati, rasa macam tak sia-sialah dari Seremban pergi ke Tanjung Malim haritu sebab nak tengok sangat Proton X50 ni depan mata sendiri. 


Menerusi Harian Metro, pihak Proton Edar Sdn Bhd tak sangka pun yang model terbaru mereka ni mendapat sambutan yang sangat luar biasa kata Roslan Abdullah yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar. Walaupun pelanggan masih belum melihat Proton X50 ni depan mata mereka sendiri, tapi ramai yang sudah membuat pra-tempahan tau. Kebiasaannya bagi model-model terdahulu, pelanggan akan membuat tempahan apabila tengok sendiri kereta tersebut depan mata. 


Tahniah Proton! Walaupun harga Proton X50 masih belum dirasmikan lagi, korang berjaya meyakinkan pelanggan dengan tawaran menarik yang ada pada Proton X50 terbaru ini. Jangan pernah mengecawakan rakyat Malaysia dan semoga Proton terus sukses.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tempahan Proton X50 laris di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media