Seorang gadis di Bulgaria sanggup menghabiskan wang sebanyak RM15 ribu untuk membesarkan bibirnya. Beliau lebih dikenali sebagai Andrea Emilova Ivanova dan merupakan seorang penuntut dalam bidang falsafah di negaranya. Disebabkan seronok mendapat pujian, Andrea telah melakukan 21 suntikan asid hyaluronik.
Untuk pengetahuan korang, Andrea perlu menambah asid tersebut jika ia telah diserap masuk ke dalam badan untuk pastikan bibirnya kekal besar. Walaubagaimanapun, doktor telah berpesan kepadanya untuk mengeluarkan semua asid hyaluronik agar bibirnya jadi lebih kecil. Hal ini disebabkan asid hyaluronik yang terdapat di bibirnya agak tinggi dan bahaya.
Walaubagaimanapun, Andrea tetap dengan pendiriannya untuk terus membesarkan bibir dan melakukan suntikan secara kerap supaya digelar pemilik bibir terbesar dunia. Mungkin kerana beliau tidak memiliki kesan sampingan dan masalah kesihatan dari suntikan tersebut.
OHMEDIA: NAMPAKNYA BELIAU SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MENDAPAT PUJIAN WALAUPUN IA AGAK BERISIKO
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca seorang gadis sanggup habiskan 15 ribu supaya bibir jadi besar di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media