Siapa yang tidak kenal dengan seorang penyanyi legend tanah air M Daud Kilau atau popular dengan gelaran Raja Gelek. M Daud Kilau sekarang sudah berumur 82 tahun dilaporkan dalam keadaan yang uzur selepas diuji dengan bermacam-macam penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, kebas kaki tangan, sakit pinggang dan sekarang pendengarannya juga semakin berkurangan.
Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa. Kalau saya 'pergi', doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah.
Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku. Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat. - Katanya.
Sayu mendengar luahan hati M Daud Kilau yang selama ini sangat bertenaga tiap kali membuat persembahan semata-mata ingin menghiburkan peminatnya.
Untuk pengetahuan korang, M Daud Kilau tinggal bersama isterinya, Datin Rohani Awang Ngah bersama-sama anak lelakinya.
Tapi, Alhamdulillah sebab beliau masih diberi kesempatan untuk mencari saham akhirat dan kita sama-sama doakan agar M Daud Kilau terus bertenaga untuk beribadah kepadaNya.
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media