Baru-baru ini, Ohmedia melihat satu video yang dimuatnaik oleh Tribun Timur di laman Youtube yang menunjukkan beberapa individu mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk rakannya sehingga bertukar menjadi sebuah tragedi ngeri.
Menurut laporan Tribun News, kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Mei lalu di Kalimantan, Indonesia. Mangsa yang dikenali sebagai Kevin Gunawan berkata belon-belon yang mempunyai gas hidrogen itu telah memberi tindak balas dengan api lilin yang dibawa oleh mereka.
Oleh sebab itu, kebakaran itu terjadi sehingga menyebabkan Kevin dan beberapa rakannya turut tercedera parah. Walaupun sudah empat bulan berlalu, mereka kini semakin sembuh daripada kesan kebakaran.
Seram betul Ohmedia tengok kejadian macam ni. Ohmedia harap korang boleh menjauhkan diri daripada melakukan perkara seperti Kevin dan rakan-rakannya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada tragedi ngeri ini.
OHMEDIA: BAHAYA BETUL!
Kredit: Youtube | Tribun News
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media