(Video) Kepala penunggang motosikal terputus digilis lori

Seorang penunggang motosikal warganegara Bangladesh maut selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan awal pagi tadi di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.36 pagi Khamis (24/9/2020), mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat terperosok ke bawah lori dan kepalanya digilis tayar kenderaan berat itu sehingga putus dan hancur. 


Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dan lori pembekal ais batu. 


Berdasarkan video dashcam saksi, mangsa menunggang motosikal dalam kelajuan sederhana dan cuba berhenti di belakang sebuah kereta yang mahu membelok masuk ke kanan.


Malangnya, usaha mangsa untuk berhenti tidak berjaya cuba mengelak dari terlanggar kereta di hadapannya dan termasuk ke laluan bertentangan. 


Lori yang berada di lorong bertentangan, tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa yang terjatuh di hadapannya. 



Ramai yang berpendapat, kemalangan itu mungkin berpunca dari keadaan jalan yang licin akibat hujan dan keadaan tayar motosikal mangsa yang tidak begitu mencengkam apabila brek ditekan. 


Para penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati apabila berada di jalan raya terutamanya pada waktu hujan. 


Sumber: Penang Kini, Azuan Jamaludin



Sumber : thereporter.my