(Video) Gara-Gara Hina Rambut Di Dalam Video, Siti Sarah Jumpa & Mohon Maaf Kepada Wakil Orang Asli!


Sebelum ni Ohmedia pernah menceritakan mengenai penyanyi dan usahawan, Siti Sarah yang telah menghina masyarakat Orang Asli di dalam sebuah video sehingga mendapat kecaman hebat daripada netizen. Kalau korang belum baca, boleh tekan link dekat bawah ni.


Terbaru! Siti Sarah memuatnaik satu video di akaun Instagramnya dengan berjumpa wakil masyarakat Orang Asli untuk memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan dirinya yang sudah menguris hati mereka.

Permohonan Maaf. Saya Siti Sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum orang asli atas kekhilafan diri saya yang menguris hati masyarakat orang asli.

Sesunguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati orang asli. Sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sarah juga sama. Sarah kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dan apa yang terjadi ini akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk Sarah tapi juga kepada masyarakat diluar sana.

Sekali lagi, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat komuniti orang asli atas apa yang terjadi. Maafkan Sarah.

Lepas ni jangan buat lagi tau, Sarah? Ohmedia cuma nak nasihatkan kepada semua orang. Sebelum berkata apa-apa, fikir dahulu. Kalau tak, nanti makcik pakcik bawang datang menyerang! Apa yang menimpa atas Sarah ni, moga dapat ambil sebagai iktibar.

OHMEDIA: KITA SATU MALAYSIA. JIKA SALAH, KENA MINTA MAAF!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media