Chelsea dan Wolverhampton berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing. Walaupun beraksi di tempat lawan, ianya tidak menjadi masalah buat kedua-dua pasukan ini untuk mempamerkan aksi terbaik.
Dengan kemunculan pemain baru seperti Kai Havertz dan Timo Werner semestinya memberi impak untuk Chelsea dan hasilnya The Blues menumpaskan tuan rumah Brighton 3-1 menerusi jaringan dari Jorginho, James dan Zouma.
Manakala lagi satu perlawanan membabitkan Wolverhampton menyaksikan penyerang berbisa mereka, Raul Jimenez menyumbat satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan Sheffield United 2-0.
OHMEDIA: KEDUA-DUA PASUKAN PILIHAN MULAKAN KEMPEN DENGAN LANGKAH KANAN
+ Baca respon pembaca Chelsea & Wolverhampton tunjuk taring pada aksi pertama EPL di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media