Menurut laporan Daily Mail, seorang kanak-kanak perempuan telah dikurung di dalam rumah secara bersendirian kerana datuk dan neneknya keluar untuk menguruskan kedai keluarganya. Manakala ibu dan bapanya pula merupakan pekerja migran yang berhijrah ke bandar lain.
Ketika dia ditinggalkan, kanak-kanak yang berusia empat tahun itu dilihat tergantung di tingkap rumahnya. Walaubagaimanapun, dia diselamatkan oleh orang ramai dengan menggunakan selimut selepas terjatuh dari bangunan tingkat tiga dengan kira-kira ketinggian 30 kaki.
Rata-rata warganet memuji jiran-jirannya yang dianggap sebagai pahlawan itu kerana telah berjaya menyelamatkan budak perempuan tersebut. Kalau korang nak tengok video yang berdurasi 26 saat itu, boleh tonton dekat bawah ni.
Nasib baiklah kanak-kanak perempuan tu selamat kan? Syukur Alhamdulilllah. Kenapalah datuk dan neneknya meninggalkan kanak-kanak perempuan tu bersendirian di rumah. Dia masih kecil lagi kot.
OHMEDIA: TERBAIKLAH JIRAN-JIRANNYA!
Kredit: Daily Mail
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media