Pagi semalam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuat naik ucapan ringkas kepada Datin Vivy Yusof di atas khidmat baktinya sebagai Ahli Lembaga Universiti yang disandangnya sejak Mei 2019.
"Terima kasih kepada YBhg. Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti."
Difahamkan, Vivy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada 26 Mei 2019 oleh Kementerian Pendidikan selama setahun.
Difahamkan, founder Fashion Valet dan dUCK Group itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada 26 Mei 2019 oleh Kementerian Pendidikan selama setahun.
Usahawan muda itu yang telah menamatkan tugasnya itu semalam pernah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women's Weekly Malaysia's Finance and Commerce Nominee untuk anugera Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.
Selain itu, Vivy juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan 2017 Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.
Jumaat 25 September 2020 lalu, Vivy telah memfailkan saman terhadap netizen yang memfitnahnya di media sosial yang juga menyebabkan wujudnya satu petisyen yang mendesak pihak UiTM melucutkan jawatannya sebagai Ahli Pengarah UiTM.
Dalam tuntutan saman itu, Vivy selaku plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah agar defendan memadamkan semua kenyataan fitnahnya itu selain membuat permohonan maaf terhadapnya.
Sumber: Facebook UiTM
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : thereporter.my