Kekerapan menerima saman atas kesalahan memandu melebihi had laju dan saman-saman lain di tempat yang tidak pernah dikunjungi membuatkan pemilik kereta Mazda ini berasa hairan
Sedangkan selama ini, dia hanya menetap di Johor dan saman yang diterima pula mengatakan kenderaannya itu pula berada di tempat lain.
Setelah diselidik, dia dimaklumkan ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nombor pendaftaran dan road tax yang sama dengan keretanya.
Tidak puas hati dengan perkara itu, mangsa sanggup meredah perjalanan jauh ke ibu kota dan akhirnya berjaya mengesan kereta 'klon' tersebut yang ditemui di Bangi, Selangor.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu.
Namun, siasatan pihaknya mendapati, kereta yang didakwa kereta klon itu bukanlah seperti yang didakwa. Sebaliknya, ia merupakan kereta curi.
Kereta itu ditemui di tempat letak kereta di Bangi, manakala pemandunya tidak dapat dikesan.
Sementara itu, kereta curi tersebut akan diletakkan di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk semakan, sebelum dihantar ke Beserah, Kuantan, Pahang susulan laporan kehilangan kereta itu dibuat di negeri itu.
Sumber: Shidie Art Pelukis Rakyat, Kosmo!
Sumber : thereporter.my