Sultan Abdullah Selesai Jalani Rawatan Keracunan Makanan


Semua sedia maklum yang sebelum ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu rasa kurang sihat.

Terkini, keadaan Sultan Abdullah semakin baik dan sumber mengatakan baginda telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi di IJN.

Ini disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, di mana baginda dirawat selepas pengimejan MRI pada 22 September menunjukkan kecederaan yang dialami baginda ketika bersukan.

Seperti sedia maklum, Seri Paduka sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bola sepak, skuasy, hoki dan golf. Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 Sept, dan Seri Paduka kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan. - Katanya.

Baginda juga akan berangkat pulang ke Istana Negara dalam masa terdekat sebaik sahaja selesai rawatan akhir.

Semoga Sultan Abdullah kembali sihat dan bertenaga seperti sebelum ini.



Kredit: Istana Negara

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media