Sebelum ni Ohmedia pernah bercerita mengenai komen seorang pengguna media sosial terhadap ibu Alessandra Dianne Ampuria, Nor Syakinah Abdullah apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak. Kalau korang belum baca, boleh klik dekat bawah ni.
Baru-baru ini, terdapat lagi satu komen yang agak melampau sehingga membuatkan ibu Sandra berang apabila dituduh membuat keputusan untuk menghentikan alat pernafasan yang dipakaikan oleh anaknya ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahuakhbar. Banyaknya fitnah yang bertebaran. Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah. Kepada Eina Outlet, kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.
Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul.
Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!" tulisnya di laman Facebook (FB).
Syakinah berkata selepas tiga hari anaknya terlantar di hospital, dia sudah mampu untuk bernafas sendiri tanpa bantuan mesin tetapi keadaan arwah berubah menjadi tenat pada malam Khamis lalu pada pukul 11 malam. Doktor bertungkus limus untuk membantunya namun Allah SWT lebih menyayanginya.
Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ini.. Selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.
Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum.
Keadaannya menjadi tenat mulai jam 11 malam sehingga lah membawa kepada kematiannya pada jam 1 pagi Jumaat. Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia. Jadi, di mana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasannya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?!! Ini fitnah dan saya akan saman kamu!
Walaubagaimanapun, Syakinah akan menyaman individu yang dikenali sebagai Eina Outlet atas fitnah yang telah dibuat kepadanya. Untuk pengetahuan, arwah Sandra Dianne telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1 pagi setelah enam hari dia bertarung nyawa akibat kemalangan.
OHMEDIA: SAMAN JE SIS! ORANG MACAM TU TAK HORMAT LANGSUNG PERASAAN SEORANG IBU YANG BARU KEHILANGAN ANAK TERSAYANG.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media