Syukur Alhamdulillah. Sejuk mata memandang melihat pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha yang kini tampil dengan imej barunya. Ohmedia rasa seronok bila tengok ramai artis wanita yang beragama Islam memilih untuk berhijrah pada tahun ini.
Menurut laporan Berita Harian, Hannah memakai hijab bukan kerana ingin berkahwin dalam masa terdekat tetapi dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mahu menjadi muslimah yang baik.
Tidak. Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin. Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. InsyaAllah. Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung.
Hannah juga mendedahkan bahawa dia terpaksa menangguhkan niat untuk berhijab sejak bulan Ramadan lalu disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi. Dan akhirnya, dia tidak menangguhkan hasrat sebaik sahaja selepas tamat penggambaran.
Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu. Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah.
Cantik betul Ohmedia tengok Hannah Delisha bila pakai tudung ni. Mesti korang pun terpikat kan? Apapun, Ohmedia doakan agar Hannah terus beristiqamah dan maju jaya di dalam industri hiburan.
OHMEDIA: SEJUK MATA MEMANDANG
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media