Dekat Malaysia ni, Valentino Rossi merupakan salah satu pelumba MotoGP yang mempunyai peminatnya yang ramai termasuklah Ohmedia sendiri. Rossi yang mempunyai rekod kejuaraan sebanyak tujuh kali dalam MotoGP mengatakan yang dia telah yakin 99 peratus akan ke Yamaha-Petronas tahun depan walaupun masih lagi belum menandatangani kontrak.
Sebelum ni ada khabar angin yang mengatakan Rossi akan bersara dan perkara ini telah dikatakan sendiri olehnya bahawa dia akan ambil masa untuk berbincang dengan Yamaha sementara masih ada waktu lagi menerusi sidang akhbar menjelang saingan di Grand Prix San Marino. Rossi yang dikatakan sudah tujuh tahun bersama pasukannya iaitu Yamaha factory akan digantikan dengan Fabio Quartararo yang kini sebagai penunggang dalam pasukan Yamaha-Petronas.
Rossi yang sudah berusia 42 tahun tidak sabar dengan perlumbaan pada Ahad ini di litar Misano yang berhampiran dengan rumahnya yang tak sampai 10 kilometer. Menerusi Berita Harian, perlumbaan tersebut akan benarkan seramai 10,000 orang penonton untuk menonton pada hari itu.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Rossi yakin akan ke Yamaha-Petronas di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media