Kes kematian akibat Covid-19 di Brazil kini telah mencecah lebih 126 ribu.
Walaubagaimanapun, penduduk di sana seperti tidak mengedahkan jumlah kes yang semakin meningkat selepas ribuan antara mereka dikatakan berkumpul di pantai sempena Hari Kemerdekaan Brazil yang jatuh pada 7 September.
Selain itu, lebih 200 ribu kenderaan berada di jalan raya Sao Paulo dan mungkin mereka juga ingin pergi ke pantai yang berdekatan antaranya Guaruja, Ubatuba dan Sao Sebastio. Untuk pengetahuan korang, Brazil telah menguatkuasakan perintah larangan akibat pendemik Covid-19 yang telah melanda negara tersebut sehingga lebih 4 juta orang dijangkiti wabak itu.
OHMEDIA : SEMOGA RAKYAT MALAYSIA TERUS PATUH KEPADA PKPP SUPAYA NEGARA KITA BEBAS DARI PENDEMIK COVID-19
Kredit : Berita Harian
+ Baca respon pembaca ribuan penduduk ke pantai, kes kematian Covid-19 di Brazil meningkat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media