Rayhan Luah Perasaan Selepas Hilang Rumah Cantik, Kereta, Wang & Pekerjaan Yang Bagus


Malam tadi Ohmedia tiba-tiba terbaca tentang harta yang dimiliki oleh seorang warga Banladesh, Rayhan Kabir yang sebelum ini telah diusir dari Malaysia selepas mengeluarkan kenyataan berniat memburukkan Malaysia.

Dalam artikel itu mengatakan Rayhan ada meluahkan perasaannya kepada media di negara kelahirannya itu selepas tiba di sana.


Temuramah itu dilakukan oleh media Dhaka Tribune dan Rayhan menyatakan yang dia sebelum ini memiliki segalanya dan kini hilang semuanya selepas muncul dalam dokumentari Locked Up In Malaysia Lockdown yang diterbitkan Al-Jazeera.

Saya mempunyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun segalanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu. Saya nekad tidak memakai penutup muka kerana bercakap tentang sesuatu yang benar. Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini. - Jelasnya.

Bagi kami itu tidak menjadi lesen untuk Rayhan menyatakan sesuatu buruk tentang negara Malaysia sedangkan dia mengakui yang dirinya telah memiliki segalanya di negara asing ini.

Selain itu, Rayhan juga menyatakan rasa sedihnya kerana tiada langsung wakil Al Jazeera yang datang berjumpa ataupun menghubunginya.

Apa-apapun kini Rayhan sudah tidak berada di Malaysia dan dihantar ke nagara asal. Dia turut telah disenari hitam untuk memasuki negara Malaysia buat selama-lamanya. Kita sebagai rakyat Malaysia kena kuat untuk mempertahankan negara dari sebarang anasir jahat yang cuba memburukkan imej negara.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media