Semalam terbongkar kisah disebalik pemergian seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Abdul Aziz yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail.
Arwah dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingakat tiga di kediaman sebuah kem tentera pada 29 Ogos lalu. Bagaimanapun, keluarga arwah tampil menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Pipi digosok dengan berus besi dan sering kali ditumbuk, itu apa yang pernah diadukan arwah kepada ahli keluarganya.
Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena 'ragging' dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus. Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu.
Ahli keluarga sudah menasihatkan mangsa supaya pulang semula ke kem dan dia pun suka rela melakukannya. Arwah dihantar ke kem berkenaan dan waktu itu keadaan kesihatannya baik dan sempurna. - Kata ahli keluarga.
Bagaimanapun, keesokan harinya, keluarga dihubungi pegawai tentera pada jam 3 pagi memaklumkan arwah jatuh dari bangunan tingkat tiga kem.
Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pada jam 12 tengah malam mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada serta dalam keadaan kritikal. Ahli keluarga terus membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan mengharapkan pihak ATM bertanggungjawab untuk membuat tindakan lanjut. - Kata sumber.
Pihak polis pada waktu ini sedang giat melakukan siasatan ke atas dakwaan keluarga dan sekiranya benar ia dibuli dan didera semasa berada di dalam kem, pesalah harus dihukum.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang geram dengan kes buli di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media