Disebabkan kes positif Covid19 meningkat di beberapa kawasan yang terbabit, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar dan juga Penjara Tawau. Perlaksaan ini akan dikuatkuasakan bermula 12 tengah malam ni kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sehingga 25 September.
Sepanjang PKPD pentadbiran ini berlangsung, pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam juga akan dihentikan. Bukan tu jer, institusi pendidikan dan masjid juga diarahkan tutup. Bukan tu jer, feri dari Kuala Kedah juga dilarang beroperasi. Untuk aktiviti sosial, sukan dan budaya juga turut dilarang.
Semoga usaha ini dapat menurunkan lagi kes yang dijangkiti. Walaubagaimanapun, diharapkan semua warga disana dapat memberi kerjasama untuk terus mematuhi segala arahan dan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca PKPD diperketatkan di Kota Setar dan Penjara Tawau di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media