Nora Dikecam Teruk Gara-gara Anak Buat Hal

Panas baru-baru ini mengenai sebuah video yang tular sejak semalam, menunjukkan tindakan Putri Dahlia, anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin yang bercium dengan seorang lelaki. Nora mengakui kesilapan dan terkilan dengan tindakan anaknya itu.

Tindakan anaknya itu telah menyebabkan beliau dikecam teruk oleh netizen di media sosial. Ada yang menganggap tindakan berkenaan sebagai tidak bermaruah, mengecam Nora sebagai sebagai seorang ibu yang tidak pandai jaga anak. Ada juga yang mempersoalkan mengapa Nora yang dipersalahkan. 


 Nora melalui satu posting di Instagram menjelaskan bahawa sebagai manusia, semua orang tidak lepas dari nelakukan kesilapan. Tambahnya, dia sudah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang ibu. Dia juga meminta sedikit ruang baginya untuk betulkan kesilapan.

OHMEDIA: KITA BUKAN MALAIKAT SEPANJANG MASA TAK BUAT DOSA. KADANG-KADANG TERLEPAS JUGA. KORANG MENGECAM NI PATUT BELAJAR UNTUK BERSANGKA BAIK, MANA ADA MAK DALAM DUNIA NI NAK ANAKNYA ROSAK MELAINKAN KEMAHUAN ANAKNYA SENDIRI.

Kredit: Instagram itsnoraariffin | Twitter @Tywerdsz_+ Baca respon pembaca Nora dikecam teruk gara-gara anak di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media